Ƨωɛɛт Ƨσʋя

posted on Sunday, March 27, 2016 | 0 comments

Assalamualaikum  

Alhamdulillah lepas dapat keputusan SPM baru-baru nie, baru lega sikit. Mana taknya, hari-hari fikir keputusan apa yang dapat nanti. Tapi so far semuanya baik-baik saja. Sebelum nie erin kerja, buat tambah duit poket sikit-sikit kan. Erin kerja kat kedai butik pengantin, tu yang agak sibuk sikit lagi-lagi hujung minggu memang nak bukak laptop pun tak ada masa sebab kena pasang pelamin. So harini erin nak update pasal makeup. Whoww? Takpernah pulak kan erin post pasal makeup? Basically as perempuan memang ada minat nak makeup cuma rajin tak rajin je. Cuma everyday makeup nie erin guna kalau nak keluar jalan-jalan atau buat kerja luar yang agak-agak jauh daripada rumah. Kalau kat rumah biasa tepek krim siang je kan lepastu siap. Sebab apa everyday? Sebab simple, kang erin tulis lain orang cakap ala makeup simple macm tu hari-hari boleh pakai. Mostly erin suka pakai jenama Maybelline dengan Silkygirl.


Okay gambar atas nie yang erin pakai lepas apply krim siang, jenis krim siang tu tak kesah la korang pakai jenis apa sekalipun.  Next entry nanti erin update erin pakai produk apa. Erin biasa tunggu krim siang betul-betul meresap kat kulit baru erin apply bb cream nie, erin guna code 02 natural. Boleh jugak nak guna bb cream jenama lain, tapi make sure jangan sapu atau ratakan guna jari. Guna span puff, erin lagi suka guna span puff yang leper sebab jimat ruang nak masuk beg makeup nanti kalau nak bawak gi memana kan. Hihi. Bukan tak boleh guna jari, takut jari kita nie ada kuman, lepastu tenyeh kat muka, lagipun pakai tangan kan nanti tangan kotor, kalau pakai span nie tak kotorkan tangan kan.  

 

Next lepas bb cream betul-betul rata dan meresap kat kulit, erin akan pakai bedak macam biasa tapi erin guna brush. Boleh je nak guna span biasa yang ada kat bedak compact tu kan. Cuma pakai brush nie seronok sikit sebab boleh berangan ala-ala makeup artis. Eh? Hahaha 


Okay siap je dah boleh apply maskara, ikut la nak nampak vogue ke tak nak, nak nampak curl guna penyepit tu kan. Erin just tonyoh maskara sikit-sikit je, kadang-kadang tak pakai sebab pikiaq nak gosok mata ( dah jadi habit xde habuk pun sibuk tangan gatal gosok mata ).


Dah boleh lukis kening sikit. Bukan nak kata erin lukis kening nie sebab nak lawa. No! Erin lukis sikit sebab kening erin nampak serabut ada macam kening orang tua pun ada. Hahaha haip! Siapa ketawa dosa. Cuma erin tak ada la sampai nak cabut cukur kening tu, jujur sebab erin nie nie pemalas. Tak ada masa nak buat tu semua. Lukis tu pun tak ada la sampai yang tahap perfect, cuma touch-up sikit je. Jangan kecam sis please. Yang nie erin guna jenama Silkygirl code 02 dark brown, tapi kadang-kadang ada jugak ambil celak mama erin sebab warna hitam. Oh ya! Yang lagi satu tu brush untuk kemaskan kening. Yelah kan ada buli kening yang bercantum, jadi kira pisahkan dengan pakai brush tu. So depend la, kalau macam brown nampak macam korea sikit. Erin jenis suka makeup yang macam artis inggeris tu yang nampak simple je. 


Last sekali lipstick pun erin guna jenama Silkygirl. Erin prefer guna yang Moisture Balm Lipcolour yang ada warna putih kat tengah-tengah lipstick tu. Lagi-lagi musim panas nie bibir kering, mesti kena pakai lipbalm. So kan senang ada lipbalm dalam lipstick, kira 2 in 1. Yang Meilamei tu erin suka pakai sebelum erin nak keluar. Contoh la harini plan nak keluar petang, so dalam tengah hari tu erin pakai dulu. Lagi prefer pakai yang nie daripada lisptick sebab pakai nie dia longlasting sikit berbanding dengan lipstick tu. Takde la setiap satu jam nak pakai lipstick balik kan. Plus colour dia nampak original.

Alright sampai sini je entry untuk harini. So next entry erin akan updated pasal produk-produk pulak. Thakyou guys :)



Written by Erin Kahar at 12:12 PM







Introduce
short profile

Dashboard / +Follow

Hye. I'm Erin, owner for this blog. 19. To me, strength is nothing more than how well we hide the pain. So, if it's bad, it's an experience. Ask me.

Tagboard
talk to me



RULES

Harsh word not allowed!
Kick out devil anon.
No Advertisement .

Social
do follow me

Follow @erinkahar

Berita Harian
januari 2015




Sponsors
major sponsors